
Sawaddeekha, Captain! | Terbit
K A K M A RThể loại: Truyện Lãng Mạn
25 chương
2,385,673 lượt xem
105,818 lượt đánh giá
Cập nhật: 19-01-2021
MAYSARA MALEK. Gadis yang gemar menjalani hari-hari sebagai seorang tukang cuci di KLIA. Biar lah apa pun orang nak kata dan apa pandangan manusia kepadanya, Maysara langsung tak kisah. Namun, disebalik wajah polos itu, Maysara sembunyi identiti diri yang sebenarnya.
BENJAMIN ABDULLAH. Kapten juruterbang yang hidupnya cuma dengan Puan Maria, ibu kesayangannya. Apa yang berlaku dua puluh lima tahun lalu, dilupus terus dari ingatan. Kerana peristiwa itu, Benjamin menjadi seorang yang beku dan pendendam.
PLOY PRASERT. Kedatangan dia ke Malaysia dengan misi. Misi mencari kembali emak dan abangnya yang terpisah dua puluh lima tahun dulu. Takdir menemukan dia dengan Maysara, gadis yang dia rasakan comel dan periang.
Pertama kali Maysara bertemu Benjamin, awal-awal lagi Maysara dah pangkah juruterbang kacak tu sebagai calon suami. Hanya kerana lelaki itu tertolak dia ke dinding dan tidak meminta maaf! Harap muka aje kacak, tapi tak beradab.
Entah kenapa selepas insiden itu, kerap pulak Maysara terserempak dengan kapten juruterbang kacak itu. Nak kata Benjamin hero disaat Maysara dalam kesusahan pun iya jugak! Di mana ada Maysara, di situ ada Benjamin. Kononnya lah.
"Kenapa awak setuju... untuk kahwin dengan saya?" - MAYSARA.
"Sebab I rasa I nak setuju. Jadi, I setuju lah." - BENJAMIN.
Hidup satu bumbung dengan Benjamin tak ada lah teruk yang Maysara bayangkan walaupun awalnya dia begitu membangkang. Benjamin yang kaki mengusik dan mula naik bulu buat Maysara rasa sesak nafas!
"Memang awak suami saya tapi saya tetap tak boleh nak diamkan hal ni, Ben. Ini melibatkan keluarga. Takkan selama-lamanya awak nak biarkan Ploy hidup dalam penyesalan?" - MAYSARA.
"I tak peduli. Yang I peduli sekarang ni, I tak nak dia muncul lagi depan I dengan mae." - BENJAMIN.
Sampai hati Benjamin! Maysara meluah kecewa, Benjamin langsung tidak diendahkannya. Entah bagaimana cara lagi mahu turunkan ego si suami kerana peristiwa lampau.
"Phom rak khun yang sud haw cai," - BENJAMIN.